19.7.09

Hospital Bainun Ipoh

Petang tadi jam 6 berada di ward bersalin. Anak saudara telah melahirkan seorang anak perempuan yang sungguh comel. Anak lelaki saya berumur 10 tahun tidak dibenarkan masuk. Malangnya, hanya boleh duduk 10 minit sahaja.

Selepas melihat cucu saudara, saya berjumpa dengan kak Rosnah dan abang Ali. Kami makan di restoran Sabar Menanti dekat Stadium Ipoh. Saya makan bihun sup, kak Rosnah makan nasi goreng kampung begitu juga abang Ali.

Along makan kuewtiaw basah, Adil pula makan nasi ayam bersama Taufik.

No comments: